Monday 19 November 2012

DEAR MUSLIMS, SAVE GAZA, HELP THEM!!

Assalamualaikum wbt....
as mentioned kat post title tu...seriously we need to doa for help and save our brothers and sisters at GAZA....

Israel dah semakin mengganas...tak sanggup bile tgk saudara2 islamku diperlakukan sebegitu..
walaupun mereka syahid...tetapi...sanggupkah anda melihat kafir laknat memusnahkan saudara2 islam dan agama kita???

please...we need doa..we need to help them...tolong mereka semampu kita...Innallaha Ma'ana..Allah is with us...doa...mohon pada Allah...

walaupun kita tak dapat membantu mereka untuk menembak dgn bom dan roket...tp kita boleh tembak tentera zionis Israel dgn doa kita!

sedang kita sedap tidur, enak makan, duduk selesa...aman...tetapi...saudara kita di sana sedang berjihad..berperang....mereka tidak putus berusaha berdoa dan berperang demi menegakkan islam...subahanallah.....Allahu Akhbar! marilah kita membantu mereka....


mereka perlukan doa kita....


di sini saya sertakan Puisi Hati Untuk Gaza...daripada seorang penulis yang saya minati karya beliau.... saudara Hilal Asyraf...

Puisi Hati Untuk Gaza.

Aku orang Malaysia,
di Malaysia,
tetapi hatiku di sana,
bersama Gaza.

Bukan kerana dia melayu,
bukan juga kerana ada pertalian dengan Malaysia di situ,
tetapi kerana mereka saudara seaqidahku,
beriman dengan Tuhan yang sama sepertiku.

Masakan kala hujanku sejuk dan basah,
mereka dihujani peluru dan darah,
aku boleh berdiam diri,
dan tidak mengusahakan apa-apa?

Masakan kala mereka berperang bermati-matian,
aku pula enak dengan pelbagai makanan,
aku boleh memalingkan wajah,
seakan saudaraku di sana tidak berdarah?

Gaza di hatiku,
maka aku lihat diri ini semula,
apa yang bolehku bantu?
ingin kuusahakan semua.

Biar nanti jangan kala aku berdiri di hadapan Yang Esa,
dan yang membuatkan aku tidak mampu melangkah ke syurga,
hanyalah kerana anak-anak Gaza mengadu kepadaNya,
bahawa aku telah membiarkan mereka.

~ Hilal Asyraf ~
2353
191112
Gombak,
Malaysia.


renung-renungkanlah saudara2 Islamku.....

~Wassalam~

Tuesday 13 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

Assalamualaikum... Salam 1 Dunia...

Tahun baru bakal menjelma...
Apakah azam baru saudara2 Islamku?
Marilah kita sama2 berhijrah untuk menjadi lebih baik dan perjuangkan agama Islam..
Semoga Allah s.w.t memberkati hidup kita di dunia yang sementara ini dan menerima kita di akhirat nanti...

Muslimin dan muslimat, bacalah doa Akhir Tahun dan Awal Tahun bagi mengakhiri tahun 1433H ini dan memulakan tahun kita yang baru iaitu  1434H...semoga perjalanan hidup kita tahun yang lalu dan tahun akan datang sentiasa diberkati Allah s.w.t. dunia dan akhirat...semoga amal ibadat kita yang wajib mahupun sunat diterima oleh Allah s.w.t..dan semoga kita mendapat keredhaanNYA...


DOA AKHIR TAHUN dibaca selepas Asar dan sebelum Maghrib....
DOA AWAL TAHUN dibaca selepas Maghrib....

semoga kita semua dilindungi dan diberkati Allah s.w.t...Selamat Beramal.. SALAM MAAL HIJRAH 1434H!  :)

yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri...maaf.. :)

~Wassalam~

Monday 12 November 2012

Trend vs Kewajipan

Assalamualaikum wbt... Salam 1 Dunia...

Trend...atau...Kewajipan...
yang saya ingin tekankan di sini adalah tentang pemakaian muslimah zaman sekarang...

Aurat seorang wanita adalah seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, kecuali muka dan pergelangan tangannya. Sebagai wanita islam, kita diwajibkan menutup aurat daripada terdedah kepada orang yang bukan mahramnya.

Syukur Alhamdulillah ramai yang saya lihat di Malaysia ini wanita2 yang memakai hijab ataupun tudung....tetapi...berapa ramaikah yang betul2 menutup aurat mereka berlandaskan hukum syarak?

Memakai hijab ataupun tudung kini semakin ramai...adakah kita memakai hijab/tudung kerana trend atau kewajipan??? Kita memakai untuk tabarruj atau berhias kerana Allah s.w.t?  Adakah kita menutup aurat dengan betul?? ini persoalannya...

''Dan janganlah mereka(wanita) menampakkan perhiasan mereka'' (Surah Al-Nur: potongan Ayat 31)

Berhiaslah anda...tidak ada siapa yang melarang anda untuk berhias...tetapi, berhiaslah untuk yang halal....suamimu..dan mahrammu...

Menutup aurat tidak bermaksud anda tidak boleh kelihatan cantik atau tidak boleh berfesyen.. boleh...tetapi, sebelum kita berfesyen, kita wajib berfikir...adakah dgn memakai dan berhias seperti ini, masih menutup aurat dgn betul? adakah aku tidak melanggar hukum agama?

Kadang-kadang saya pelik apabila melihat orang yang memakai tudung, tetapi menampakkan lengan dan anggota yang sepatutnya ditutup...bagi saya...mereka seolah2 mempersendakan agama Islam..







Berdoalah wahai kaum Hawa...berdoalah agar dijauhkan dengan sikap2 seperti gambar2 di atas...
jika ingin bertudung dan cantik, bertudunglah dengan betul...jagalah akhlakmu wahai kaum Hawa...

contoh jika anda ingin berfesyen tetapi masih menutup aurat seperti dibawah...







ataupun lebih baik seperti gambar di bawah ini....







renung2kan...selamat beramal! :)

~Wassalam~

Ayat-Ayat Cinta

Assalamualaikum wbt...Salam 1 Dunia :)

u all tau tak cerita Ayat-Ayat Cinta?
cerita Ayat-Ayat Cinta ni diadaptasi daripada novel Ayat-Ayat Cinta yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy

                                                          File:Ayat-Ayat Cinta.jpg

                               

cerita ni dibintangi oleh Fedi Nuril sebagai Fahri, Rianti Cartwright sebagai Aisha, Carissa Putri sebagai Maria Girgis, Melanie Putria sebagai Nurul, and...Zaskia Adya Mecca sebagai Noura...

saya post entry pasal Ayat-Ayat Cinta ni sebab baru je tengok semalam kat Astro Ctra 131 setelah lame tak tgk and bace novel die..hehe..

cerita ni mmg cerita indonesia favorite saya...nak tau sebab ape, kena lah tgk cerita ni and bace novel die..saya suka pengorbanan seorang isteri dalam cerita ni...alangkah bagusnya kalau saya mcm tu..tapi..mmg susah la...saya harap cerita hidup saya tak serumit cerita ni..hehe..insyaAllah...

btw, saya suke sgt tgk majlis perkahwinan fahri&aisha dalam cerita ni...teringin nak buat wedding camtu...tapi rumah xde kolam mcm dorg tu..kolam ikan ade lah..tu pun kecik je..hehehe...


cantik kannnn...????!! time ni mmg berangan la kejap....hehe..
pastu bile cerita dah klimaks mmg sedih and banjir lah....menangis je...sebab feeling terlebih.. :D
hehe...apa2 pun...sila lah tgk cerita ni...walaupun cerita ni dah lama, tapi still best.. :)
OST cerita ni pun sangat best & layannn~ :)


                                    


                                    

~Wassalam~



Sinaran Baru :)

Assalamualaikum wbt...Salam 1 Dunia.. :)
wah...nama entry kali ni kelasss sgt..hehe...
macam tajuk komik pun ade.. :D

ok...yang dimaksudkan Sinaran Baru untuk entry saya kali ni adalah sinaran hidup saya yang baru...
sinaran yang memberikan impact yang sgt wow! dan saya amat bersyukur ke hadrat  Illahi yang memberi saya sinar hidup yang baru...sinaran ini sangat memberi saya semangat untuk meneruskan hidup dengan lebih kuat..honestly, saya lebih suka dengan hidup saya yang sekarang...

Sinaran Baru ini berkait rapat juga dengan entry Penghijrahan...saya berhijrah rohani dan fizikal kerana menemui sinaran baru ini...iaitu cahaya iman yang Allah hadiahkan kepada hambaNYA yang sangat hina ini...
syukur Alhamdulillah...

Manusia sering alpa dan leka dengan kehidupan dunia..begitu juga saya...suatu ketika dulu saya akui, saya sgt leka dgn dunia yang sementara ini...walaupun nampak seperti baik sahaja sebab bertudung...tetapi....bila diingat semula, saya sendiri malu dengan perbuatan, sikap dan tingkah laku saya.  Perasaan menyesal menyelubungi hati ini..kerana dulu saya tidak menjaga Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w...saya memandang remeh dengan agama dan hukum syarak...walaupun saya bertudung....Astaghfirullahalazim...

Tetapi..syukur Alhamdulillah...Allah telah beri hidayah...perlahan2 saya bertemu cara hidup Islam yang sebenar...Allah lembutkan hati saya...Subahanallah....Allah Maha Berkuasa...DIA temukan saya dengan org2 yang tidak putus asa mengajar saya sedikit demi sedikit tentang Islam...sehinggakan saya mendalaminya sendiri...Islam itu indah...saya amat berterima kasih kepada sahabat2 yang sentiasa bersama saya dan berusaha mengajar saya untuk memperbaiki diri.

Saya benar2 selesa dgn cara pemakaian dan pergaulan saya sekarang...biarlah org memandang pelik dan menyindir saya...sesungguhnya saya ingin menebus kesilapan dan kesalahan saya pada masa lalu terhadap Allah s.w.t..setiap orang melakukan kesalahan...dan Allah sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat dan kembali kepadaNYA...baik sungguh Allah kepada hambaNYA..bertaubatlah sebelum terlambat...sehingga kini saya masih lagi memperbaiki diri...sesungguhnya saya hamba Allah yang sangat lemah dan dipenuhi dosa...banyak yang saya perlu lakukan dan pelajari demi memohon keampunan dari Allah s.w.t dan menjalani hidup sebagai muslimah dgn lebih baik..semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t..dan tetap dijalan yang lurus...

''Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-NYA, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam.'' (Surah Ali Imran: Ayat 102)



~Wassalam~

Saturday 10 November 2012

Rezeki, Impian, dan Ketentuan...

Assalamualaikum wbt...
Salam 1 dunia.. :)

haa...ni saye nak cerita sikit...tentang Rezeki, Impian, dan Ketentuan...

ok...rezeki seperti yang kita tahu, sememangnya ditentukan oleh Allah s.w.t Sang Pencipta Yang Maha Pemurah  Maha Kaya...Segala Puji bagi Allah s.w.t..sama juga seperti jodoh dan juga ajal maut..

                                    

walaupun ditentukan oleh Allah s.w.t...tetapi Allah mahu kita berusaha dalam mencari rezeki dan jgn putus asa...rezeki tidak semestinya duit...anak juga merupakan rezeki dari Allah...makan minum, pakaian, tempat tinggal...semuanya rezeki dari Allah...sudahkah bersyukur kita kepada Allah s.w.t? kita wajib bersyukur......setiap hari, kita wajib bersyukur....kita diberi oksigen percuma utk bernafas setiap hari di muka bumi Allah s.w.t..dan carilah rezeki yang halal...jgn lah kita lupa pada Pemberi Rezeki....jgn abaikan kewajipan kita dan janganlah kita lalai akan kewajipan kita kerana sibuk mengejar dan mencari rezeki di dunia..semoga kita saling ingat mengingati...

seterusnya...impian...setiap hamba Allah pasti mempunyai impian atau cita-cita...seperti saya juga, mempunyai impian yang tersendiri...dari kecil impian dan cita-cita saya sering berubah...itu juga sebab saya tak ingat cita-cita saya...hehe..yang saya ingat..dulu sewaktu saya belajar mengaji, ustazah selalu puji dan cakap saya cepat tangkap..senang ikut dan faham...sehinggakan setiap kali nak pergi kelas mengaji mama mesti cakap, "adik nanti dah besar jadi ustazah ye..??"....pada masa tu, sy akan jawab "tak nak!" dengan muka masam..hehe..tapi bile fikir balik sekarang ni...sememangnya saya berminat untuk jadi ustazah..cuma belum cukup ilmu agama untuk dikongsi..
cita-cita dan impian mama saya untuk saya menjadi seorang pendidik tidak pernah putus...dari saya kecil hingga sekarang..."kalau tak nak jadi ustazah, jadilah cikgu...tak pun jadi lecturer.." itulah kata-kata mama sampai sekarang...tapi sekarang die selalu suruh saya jadi lecturer...walaupun saya tidak berimpian untuk menjadi lecturer....impian saya sekarang adalah menjadi seorang penulis...walaupun saya tahu penulisan saya sangat lemah...tetapi saya tetap ingin menulis... :)

(Saidina Ali Bin Abi Talib berkata:  Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi.  Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.)

Ketentuan pula....saya berserah kepada Allah s.w.t...saya akui gembira apabila melihat rakan2 berjaya, tetapi perasaan sedih juga menyelubungi hati kecil ini kerana saya masih lg di tempat yang sama, tidak mempunyai kerjaya seperti rakan2 yang lain...tetapi.....hanya Allah s.w.t tahu yang terbaik untuk saya...samada saya berjaya sambung belajar, atau bisnes saya akan maju, atau saya bekerja di tempat lain, atau saya berjaya menjadi seorang penulis, atau saya bertemu jodoh, semuanya ketentuan Allah s.w.t...saya hanya mampu berdoa, berusaha, dan tawakkal...seperti dikatakan sebelum ini, jodoh, ajal maut, dan rezeki ditentukan oleh Allah s.w.t...kita haruslah terima dengan hati yang terbuka dan redha...insyaAllah....pasti ada jalannya...aminn.... :)
maafkan saya andai terkasar bahasa, yg baik datang dari Allah s.w.t...yg buruk dan silap itu datang dari diri saya sendiri...

                            

~Wassalam~

Thursday 8 November 2012

Penghijrahan...

Salam...

setelah lama blog sy ni berhabuk dan berdebu...skang ni la baru ada sedikit masa utk update and kemaskan balik...  :)

ok...now sy nak cerita sikit tentang penghijrahan...

HIJRAH...ia berasal daripada kata kerja HAJARA yang bermaksud meninggalkan, memutuskan, atau keluar  dari sebuah negeri ke negeri yang lain.  
HIJRAH juga bermaksud perpindahan...
pengertian HIJRAH juga merangkumi hijrah jasmani (fizikal) dan hijrah rohani (hati)...

                                      

Hijrah jasmani ataupun hijrah fizikal adalah hijrah yang dimaksudkan berhijrah atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, contohnya dari negara singapura berhijrah atau pindah ke negara malaysia.  
Hijrah rohani pula adalah hijrah hati seseorang hamba Allah s.w.t daripada cinta kepada selain Allah s.w.t kepada cinta kepada Allah s.w.t dan RasulNYA...

Hijrah rohani adalah sgt penting bagi seseorg untuk mendalami ilmu agama dan ingin mengenal dan mendekatkan diri dgn Allah s.w.t.. 
Alhamdulillah...ramai yang saya lihat...telah berubah dan berhijrah ke arah lebih baik..terutamanya di kalangan artis2...sy harap mereka benar2 ingin berhijrah kerana Allah s.w.t...bukan kerana populariti atau trend.
Penghijrahan rohani bukanlah hanya terjadi pada seseorg yang tidak bertudung kepada bertudung...
Seorang yang bertudung juga masih boleh berhijrah...mungkin sebelum ini kita memakai tudung, tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya...kerana masih ramai yang jahil atau kurang ilmu pengetahuan tentang cara2 menutup aurat yang sebenar.  Termasuklah diri saya sendiri...
Bagi saya, tidak mengapa kita mengaku kesalahan diri sendiri...kerana, kita harus belajar dari kesilapan...perbaiki segala kekurangan kita...

                                 

Menurut Ibn Al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakkal, takut dan mengharap hanya kepadaNYA.  dan hijrah kepada Rasul ialah mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek zahir dan batin.
Ini bermaksud, berhijrah bukan sahaja dengan menutup aurat...kerana, menutup aurat sahaja tidak cukup, tetapi iman di dalam diri ini juga perlu di'upgrade'.  Fahamilah erti islam...jadilah islam yang sebenar...tunaikan kewajipan sebagai umat Islam...

''Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 218) 

Bertaubatlah...berhijrahlah...selagi pintu taubat masih terbuka....iaitu selagi Malaikat Izrail (Malaikat Maut) belum datang mencabut nyawamu wahai saudara islamku....sama2 kita saling ingat mengingati...
HIJRAH itu SATU PERJUANGAN...berjuanglah demi Maha Pencipta dan Cinta Yang Agung...

                              

~Wassalam~