Tuesday 27 May 2014

Cinta Jangan Pudar

entah kenapa..
hari semakin hari rindu bertamu..
pada insan paling sempurna..
dia adalah lelaki paling sempurna dihatiku..
dia sangat penyayang..
dia pemimpin yang agung..
dia paling hebat..
dia adalah hero seluruh ummat..
Dia....Muhammad s.a.w....
Rasulullah s.a.w kekasih Allah..
Izinkan aku bertemu dengan kekasih Mu ya Rabb...

#sheishaneyhamid

Thursday 22 May 2014

Sedar wahai diri

Allah pinjamkan hidup di dunia.
Allah beri segalanya.
Tanpa Allah, kita bukan siapa2.
Malah tidak wujud di dunia.
Siapa Allah dihati kita?
Allah Tuhan kita semua.
Dia Sang Pencipta.
Seluruh alam semesta.

#sheishaneyhamid

Bimbang

Hati berdetik..
Berkata sendirian..
Bermonolog..
Andai solatku dan amal ibadatku yang lain tidak diterima.....
Bagaimana aku ingin berdepan dengan kematian?
Bagaimana aku ingin bersedia bertemu dengan malaikat maut?
Allah......
Masih sempatkah aku hambaMu yang hina ini ingin menempah tiket ke syurga Mu?
Layakkah aku berada di jannatulfirdaus Mu?
Sedangkan aku penuh dengan dosa yang tidak tertanggung...
:'(

#sheishaneyhamid

Wednesday 14 May 2014

Jangan kembali.

Perit
Tidak bisa ku telan
Pergi
Engkau terlalu menyakitkan
Sakit
Terlalu lama menyimpan
Kekasih lama
Tak usah dikenangkan
Sandiwara
Telah banyak diberikan
Hati
Mohon lawan kelemahan
Kisah lalu
Perlu dibiarkan.
"Jangan menyentuh andai tak berniat untuk memetik " ...


#sheishaneyhamid

Monday 5 May 2014

ﻻحول وﻻ قوة إلا بالله العلي العظيم


ﻻحول وﻻ قوة إلا بالله العلي العظيم

Laa Haula Wa Laa Quwwata Illa Billaah..

sepotong ayat yang besar maknanya

benar..
kita tidak punya daya
melainkan pertolongan Allah..

benar..
kita tidak akan dapat melihat, merasa, mendengar dan sebagainya..
melainkan pertolongan daripada Allah..

benar..
kita masih hidup di muka bumi ini..
kerana pemberian Allah..
atas izin Allah..

benar..
setiap kelebihan yang kita perolehi..
semuanya daripada Allah...

jadi mengapa kita perlu sombong?
mengapa kita perlu riak dengan kekayaan dan kejayaan yang kita peroleh?

berpijak pada bumi yang nyata.
segalanya adalah milik Allah..
kita tak punya apa-apa.






#sheishaneyhamid

Sunday 4 May 2014

Kemampuan yang terbatas

Alangkah indahnya
Andai hidupku hanya perlu solat dan mengaji.
Alangkah indahnya
Andai aku tak perlu belajar tinggi2
Tapi
Aturan Allah lebih indah
Kerana menuntut ilmu itu satu ibadah
Bekerja juga satu ibadah
Andai semuanya dilakukan kerana Allah.
Ya Rabb..
Aku mohon kekuatan menyiapkan tugasan ini
Sungguh aku terasa dibebani
Otak ku seperti tidak mampu lagi
Sering aku menangis sendiri.

#sheishaneyhamid

Saturday 3 May 2014

Benak : Cinta

Mata terpejam seketika
Sesuatu singgah dibenakku
Tugasanku masih belum selesai
Tarikh penghantaran semakin hampir
Ilham lain yang hadir
Kisah cinta halal dan haram
Menyinggah ke gegendang telingaku
Hati terusik
Minda berputar
Bukan ini yang sepatutnya aku fikir
Tugasanku masih menanti
Tetapi..
Jemariku menari
Pantas menekan papan kekunci

.............................................................

Mengapa perlu menangis dan terlalu sedih
Andai dirimu ditinggalkan kekasih
Dia belum halal buatmu
Tidakkah engkau tahu
Perasaan yang mencengkam
Ditinggalkan dan dimadukan oleh zauj yang berselingkuh?
Itu lebih menyakitkan
Setelah disetubuhi
Setelah memori pahit manis dikongsi
Habis madu sepah dibuang
Itulah pepatah yang lazim didengari
Adakah kau tahu itu lebih menyakitkan?
Mengapa engkau perlu terlalu bersedih
Sedangkan insan lain
Ujiannya lebih hebat
Pastikah engkau
Bahagia akan menyelusuri
Andai engkau bernikah nanti?

Perkahwinan bukan perkara yang remeh wahai adik-adikku sayang..janganlah engkau terlalu mengejar cinta dunia..raihlah cinta Ilahi...

 #sheishaneyhamid

Friday 2 May 2014

Andai esok tiada untukku

Aku terfikir...
Andai esok tiada untukku...
Bersediakah aku?
Andai esok tiada untukku...
Bagaimana tugasan ku yang belum selesai?
Andai esok tiada untukku...
Bagaimana keluargaku?
Kerana mereka sering membutuhkan pertolonganku..
Andai esok tiada untukku...
Adakah aku telah meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk agama, bangsa,  negara, keluarga dan generasiku?
Andai esok tiada untukku...
Apa yang bakal aku hadapi di alam  kuburku?
Andai esok tiada untukku...
Masih adakah insan yang mendoakan aku?
Andai esok tiada untukku...
Aku membayangkan keadaan keluargaku...
Andai esok tiada untukku...
Adakah jasadku diterima bumi?
Andai esok tiada untukku...
Cukupkah bekal amalan yang ku bawa?
Andai esok tiada untukku....
Beribu persoalan bermain di minda...


#sheishaneyhamid

muslimah

muslimah...
dikau begitu cantik
dikau begitu istimewa
dikau begitu mahal..

dirimu cantik andai auratmu ditutup dengan sempurna
dirimu istimewa andai tubuhmu hanya untuk suamimu
dirimu mahal andai hatimu tidak mudah terpaut dengan godaan syaitan

masih belum terlambat untuk kita
menutup aurat dengan sempurna
pintu taubat Allah masih terbuka
mulakan langkah kita yang pertama
bertahan hingga akhirnya
kembali kepadaNYA

jadilah insan special disisi Allah..bak kata Pencetus Ummah Hafiz Haneefa.

#sheishaneyhamid

kasih

kemelut jiwa meliputi diri
pergantungan keputusan membebani
mengapa perlu dinanti
cinta yang tak abadi.

perjalanan hidup tidak diketahui
maksiat terus mencemari
mengapa tidak mencari
keredhaan Ilahi
ketulusan hati.

bingung ditinggalkan kekasih hati
itu semua duniawi
tidakkah kita fahami
Allah sentiasa menanti
untuk dicintai

tinggalkan dirimu yang dulu
hidup tanpa arah tuju
kembali kepada Tuhanmu
yang sering mencintaimu
tanpa meninggalkanmu
walau sesaat hidupmu.


















#sheishaneyhamid

Thursday 1 May 2014

Mahar

Bentuknya unik
Harga beliannya murah
Tapi
Ikatannya berharga

Mahar yang rendah

Lebih berharga
Apabila ikatannya kerana Allah.



i'm saying about this not because i'm getting married *lambat lagi..jodoh pun belum jumpa*...
tapi...mahar yang diletakkan pada zaman sekarang terlalu tinggi harganya..
the ring is my personal ring..beli sendiri..bukan org lain belikan or bagi..haha
cantik kan? it's from sabah... murah je..15 hengget.. ;)

#
sheishaneyhamid