Tuesday, 30 June 2015

Hari ujian

Allahuakbar
Hari ni banyak khabar yang kurang enak didengar aku terima
Masalah dalaman keluarga sendiri
Masalah seorang rakan aku ni rumah terbakar
Masalah saudara aku
Masalah aku sendiri
Dan macam2 lagi
………………………….……………

Ujian, dugaan dan cabaran
Allah hadiahkan pada bulan Ramadhan
Bukan untuk membebankan
Sebaliknya untuk menambahkan iman

Allah beri ujian
Allah beri dugaan
Allah beri cabaran
Kerana Allah mahukan perhatian

Kita terlalu lalai dengan dunia
Allah tak mahu kita hanyut di dunia sementara
Allah mahu kita sedar tujuan kita dicipta
Bukan untuk menjadi hamba dunia

Ingatlah wahai saudaraku sahabatku, Allah tak akan membebani hambaNYA dengan ujian, dugaan dan cabaran diluar kemampuan hambaNYA.

Jangan cepat putus asa
Mohonlah pada yang Maha Esa.


#sheishaneyhamid

Sunday, 28 June 2015

Bila minat orang

Kau minat orang ni dah lama dah
Bertahun la
Walaupun time tu kau ada bf
Tapi kau tetap minat orang tu
Dah nama pun minat, bukan sayang
Tapi 
Setelah bertahun2 kau minat orang tu
Dan dia pun baru perasan kewujudan kau 
Tiba2 dia call kau, mesej2 kau 
Siap panggil kau "my dear"
Siap rindu kat kau 
Kau pun dengan hati yang tengah luka 
Akibat teman tapi mesra kau buat hal
Terus perlahan2 jadi sembuh
Tapi baru beberapa hari hati kau baru nak sembuh 
Kau stalk fb dia
Relationship status dia "married" 
Kau rasa macam mana? 
Sakit kan? 
Luka yang baru nak sembuh tu terkoyak balik 
Terus kau tak contact dia 
Dia pun senyap jugak 
Macam tau2 je kau dah tau rahsia dia 
Apa pun tak boleh
Sabar je la jah
Semua ni ujian Allah bagi kat kau 
Bertabahlah. 


#sheishaneyhamid

Bahagia

Melihat orang bahagia
Semudah ABC
Melihat orang bahagia 
Hati jua ingin bahagia
Tapi bahagia itu bukan mudah dikecapi
Setiap orang yang ingin bahagia pasti lalui 
Liku hidup yang tidak diketahui

Bahagia itu hadiah dari Ilahi.

#sheishaneyhamid

Friday, 26 June 2015

Diuji

Allah,
ujian apa yang kau beri
aku mohon hatiku tetap dengan Mu Ya Rabbi
jangan biar aku tenggelam dalam ujian ini
bantu aku untuk mengatasi
hanya Allah yang Maha Mengetahui
betapa hinanya diri ini
tak layak untuk dicintai ajnabi
kini aku hanya mencari redha Ilahi.

#sheishaneyhamid

Wednesday, 24 June 2015

10.59 p.m.

Setelah lama roh berjauhan dengan iman
Kini roh dan iman bersatu
Bersujud kepada Tuhan yang satu
Pelbagai peristiwa telah berlaku dan berlalu
Kini merintih Tuhan tolong pegang daku
Aku mohon Tuhan jangan lepaskan
Bantu aku untuk melupakan.

#sheishaneyhamid

Sentuhan

Ya Rabb
Why the memories still there
Every minute and seconds
I still can feel his touch

Masih terasa
Acap kali muncul diminda
Walau di bulan mulia
Saat syaitan tiada
Mengapa ia masih ada

Aku perlu sedar aku hanya sandaran semata
Dia pergi meninggalkan luka dan air mata

Allah. I need you for rehabilitation. Hug me please.

#sheishaneyhamid

Monday, 22 June 2015

Wake up call song!

Al kisah lagu ni
Kawan aku pasang banyak kali masa study sama
Tapi aku tak respon apa pun *konon tekun study*
Tiba-tiba dia kata
Cuba dengar lagu yang dia pasang ni betul-betul
Aku tanya kenapa
Dia kata lagu ni betul-betul menyentuh hati dia
Aku pun stop buat keje aku dan dengar
Memang best lagu ni
Tapi aku tak tahu maksud lagu ni
Mungkin sebab muka aku plain sangat masa dengar
Dia terus bagi aku nama penyanyi dan tajuk lagu
Dia kata nanti cuba cari kat YouTube ke mana-mana la
Malam tu jugak aku cari
Tanpa aku sedari aku keep on repeating lagu ni
Bila tengok lirik lagu ni aku menangis
Yes, this is a wake up call song! 
Korang yang baca blog aku ni dengar lah lagu ni 
Hayati lirik dia
Lagu ni before lagu Kun Anta lagi
Untuk sesiapa yang belum dengar, dengarlah 
Memang highly recommended
Lagu dia santai je tapi maksud dia #deep 
Tu je la review aku.

Listen to this wake up call song!



#sheishaneyhamid

Sunday, 21 June 2015

Hilang

Setiap saat waktu di muka bumi
Allah berbicara dengan aku
Tapi 
Aku tak tahu untuk mentafsir
Jahil
Belajar tinggi mana pun 
Tetap tak dapat tafsir 
Tetap susah untuk aku faham
Malah
Tambah lagi dengan dosa
Dan terus menerus menjadi pendosa
Sedih
Sadis
Moga Allah tuntun setiap langkahku di muka bumi ini
Aku ingin di sisiNYA
Aku ingin kasih dariNYA

Allah, jangan biar aku tersesat di belantara kejam ini. 

#sheishaneyhamid

11.51 p.m.

Bila Allah menjadi pertama dihati
Kau takkan risau hal lain

Allah tidak akan mengkhianati
Hanya engkau yang perlu yakin

Segalanya terletak pada diri kau sendiri


#sheishaneyhamid

Saturday, 20 June 2015

Terlanjur dan tergelincir

Terlanjur kenal
Terlanjur kawan
Terlanjur suka
Terlanjur dating
Terlanjur bersama
Terlanjur.

ditinggal, teringat, sedih dan kecewa.


Hanya 1 yang aku boleh katakan kepada diri yang terlanjur.

“Kembali, Allah sentiasa menanti.”

#sheishaneyhamid

Thursday, 18 June 2015

Konpius ke

Kau suka kawan kau ni
Kau tak nak org lain, kau nak dia je
Tapi dia mesej and layan kau kadang-kadang ok
Kadang-kadang tak ok
Kadang-kadang layan kau macam puteri
Biasanya kau la nampak beriya.
Tapi ada sorang ni pulak
Kawan kau jugak
Yang sentiasa ok bila kau mesej dia
Memang kau rasa dihargai sangat bila mesej dengan dia
Tapi kau tak ada perasaan pun dengan dia.

So kau rasa macam mana?
Tahu tak nak buat pilihan?


#sheishaneyhamid

Wednesday, 17 June 2015

Khilaf

Orang pandang kau
“Baiknya budak ni, cantik, untung sapa dapat, sopan, lemah lembut, dll.”
Kemudian orang tanya
“Bila nak kahwin, dah berpunya ke, dll”

Kau hanya mampu senyum tawar + pahit

Hakikatnya, 
Orang tak tahu dosa apa yang telah kau lakukan
Orang tak tahu apa yang kau sedang tanggung
Orang tak tahu apa yang bermain dan ganggu fikiran kau

Ada satu persoalan yang bermain difikiran aku

“Andai aku ni seorang yang pernah melakukan maksiat dan dosa besar, siapalah yang mahukan orang seperti ini? Walau molek luarannya, andai dia telah dinodai, masih adakah orang yang inginkan dia?” 

Yang pasti itulah realiti dunia 
Mahukan yang indah belaka
Walau tahu hidup kini penuh dengan pendosa.

Hanya Allah sebaik-baik penerima segala kekurangan dan kelebihan.
Carilah redha Allah dan kembali ke pangkal jalan.

#sheishaneyhamid

Ramadhan

Bulan suci.
Syaitan diikat.
Jangan kau jadi pengganti.
Bulan penuh berkat.
Amalmu Allah menanti.

#sheishaneyhamid

Monday, 15 June 2015

Apakah?

Jahat.

Kau jaga aku.

Walhal aku tak tahu apa tersirat di hati kau.

Kau buat aku sayang kau.

Kini.

Kau pergi.

Tinggalkan aku tanpa khabar.

Sepi.

Aku sakit.

Kau bahagia.

#sheishaneyhamid

Entah

aku tak faham kenapa..

still fresh in my mind..

1st time jumpa...
my heart said... "he's cute"
but i'm afraid to be friend with him..
we just smile and nodding if seeing each other..
then...i don't know where he get the strength to asked my phone number..
in my heart said.. "aww....ok lets see how far this thing will go"

we often message each other...

but..i dont know why the more i get to know him,
the more we close together, the more annoying he act...
seriously annoying~!!

sometimes he so sweet...
but the annoyingness more than his sweetness!
OMG! i hate him.

now i hate him.

but when he didnt reply my message...or contact me...suddenly i miss him...

i dont know y...

and i dont want to fall in love because love is hurt.

#sheishaneyhamid
There was an error in this gadget