Sunday 6 January 2013

~war every day~

Assalamualaikum wbt..
Hello bloggers!

hari2 tanpa kita sedar (if ada yang dah sedar lame tu bgs la..hehe)
kte sentiasa berperang...
tahu tak kita berperang dgn ape???
kita berperang dgn syaitan dan nafsu kita...

nak tahu tak kenapa saya kata kita berperang  hari2 dgn syaitan dan nafsu??
haaa...sebabnye...syaitan tu sentiasa mengganggu hidup kita tak kira masa...
die sentiasa ada untuk melalaikan dan menganggu hamba-hamba Allah supaya berbuat jahat...
apabila kita berbuat jahat, dia akan suka, kerana dia akan menjadikan kita ahli neraka!
dia ingin memusnahkan kita! kasihanilah dengan diri kita...

kita sebagai anak-anak Adam yang dibenci syaitan ini terpaksa berperang dgn dia
dan kita sentiasa perlu menyiapkan diri kita dengan peralatan lengkap untuk berperang...
iaitu...solat, doa, dan segala amal ibadat yang dapat meningkatkan tahap keimanan yang tinggi...
kerana, iman yang tinggi dapat menjatuhkan syaitan!

bagi saya, sangat beruntung anak-anak yang dididik dgn didikan agama yang sempurna dari saat mereka dilahirkan ataupun di waktu mereka kecil lagi...sekurang-kurangnya, mereka dapat menjaga diri mereka..
diri mereka terpelihara oleh godaan syaitan...yang berjuta manusia di muka bumi ini terpaksa berperang dengan syaitan itu.

sesungguhnya saya kadang2 berasa cemburu dgn mereka yang menguasai bahasa arab dan ilmu agama yang tinggi..kerana perisai mereka lebih kukuh...tapi, sayangnya, masih ada yang berperisai kukuh tetapi ditanggalkan begitu sahaja...
maksud saya, ada yang tahu perkara itu berdosa dan dilaknati Allah s.w.t..tetapi mereka masih melakukannya dan terus menerus mendengar bisikan syaitan yang ingin mereka terjerumus ke lembah hina sekali gus menjadi ahli neraka.

sudah pasti kita inginkan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita serta insan2 yang kita sayangi...
jadi, marilah kta sentiasa berdoa agar kita sentiasa tetap di landasan Allah s.w.t...
alangkah seronoknya apabila kita mengetahui setiap bacaan di dalam solat kita, di dalam doa kita dan juga di dalam mengaji kita...kerana, apabila kita memahami.  kerana bagi saya, jika kita memahami setiap bacaan kita, kita akan lebih khusyuk dalam  melakukan amal ibadat kita. dan itu akan menjadi lebih bermakna serta lebih fokus dan takut dgn Maha Agung Maha Pencipta.

yang baik datang dari Allah, yang serba kekurangan datang dari diri saya sendiri.  Assalamualaikum wbt..

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment