Wednesday, 30 April 2014

Bulan Rejab 1435H

Rejab menjelma kini.
Ramadhan mendekati.
Bersedialah wahai diri.
Bulan yang barakah dimanfaati.

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab adalah bulan yang mulia. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut.
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda; "Ketahuilah bahawa bulan Allah s.w.t,  maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas,  maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari Allah s.w.t".
(info bulan Rejab dari Jabatan Mufti Negeri Selangor) 

Tuesday, 29 April 2014

halal haram

Jangan biarkan islam hanya pada sijil kelahiran..
Jangan biarkan muslim hanya pada pakaian..
Jagalah perbuatan..
Yang haram perlu dielakkan.

-Haneza Hamid -

masalah dan solusi

Masalah datang dan pergi,
Semua ujian Allah yang beri,
Melihat hambaNYA mencari solusi,
Usaha dan doa pasti diredhai.
-Haneza Hamid-

Monday, 28 April 2014

Titik permulaan

[short story]
my little sister privately msg me..
"whats going on with your relationship sis..?"
I was smiling...
it's over...
he deserves someone better than me..
I'm not ustazah..I'm not a good muslimah..
so I have to seek the love from Allah...
:)
sometimes..we just need to smile even it is hurt...because smiling has a magic..it can cure our wound.. ;)
#smile #learnfromthis #shortstory

Saturday, 26 April 2014

[ilham]

datangnya bukan mudah

ia datang bila-bila masa

di mana jua berada

saat menyiapkan tugasan

ia menyimpang

hasil yang lain

bukan tugasan

tapi coretan

itulah ilham

hadiah dari Allah s.w.t.

-Haneza Ab. Hamid, 27042014-

[cinta pergi]

hitam pekat awan malam

sehitam memori yang engkau palitkan

parut ditinggalkan masih terkesan

walau ada manis

walau ada indah

hadiah terakhirmu terlalu pahit untuk ditelan

cinta...

sila pergi

ia hanya merumitkan

memori terlekat diminda

menyakitkan jiwa

menyesakkan dada

pergi

aku tak butuh ia

aku butuh Sang Pencipta Cinta.


-HANEZA AB. HAMID, 27042014-



SERUAN

Laungan azan memecah gegendang telinga.

Dimanakah kita?

Sepatutnya sudah bersedia.

Mengapa masih melengah masa?

Panggilan Allah lebih penting daripada dunia.

Tidak sedarkah kita?

Masa tidak akan menunggu kita.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".

Mati itu pasti.

Khabar kematian diterima.
Hati merundum memikirkan nyawa.
Ajal insan lain telah tiba.
Semalam masih bernyawa.
Dibangunkan dari tidur tidak terjaga.
Rupanya sudah tiada.
Ternyata malaikat Izrail telah mencabut nyawa.

Apabila perkhabaran kematian diterima,
 
Kita pasti sedih.

Kita pasti ucap...
"انا لله وانا اليه راجعون..."
Bermaksud: "sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Nya kami kembali."
(Surah Al-Baqarah: 156)

Dan kita juga tahu maksud..

"Kullu nafsin dzaiqotul maut"
Bermaksud : setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.
(Surah Ali Imran: 185)

Cumanya....persediaan.

Tanya diri kita.

Pasti tidak bersedia.

Setiap yang kita lakukan diambil kira.

Amalan kita.

Tingkah laku kita.

Pakaian kita.

Aurat kita.

Dan sebagainya.

Bila kita nak berubah?

Masih belum bersediakah?

Menunggu malaikat Izrail datang memanggil kah?

Tajdid niat hidup kita...berubahlah.

Dan istiqomah.

#reminder #peringatan #dirisendiri #muslimin #muslimat

Friday, 25 April 2014

Hujan

Hujan.

اللهم صيبا نا فعا
Allahumma soyyiban nafi'a
Maksudnya "Ya Allah,  jadikanlah ia hujan yang bermanfaat [HR Imam Bukhari]

Ayat ini..hadith ini.. sebaiknya dibaca sewaktu hujan turun membasahi bumi..kenapa? Kerana pada saat hujan turun, kita mohon pada Allah hujan yang bermanfaat...hujan yang menyihatkan bumi...

Disaat hujan turun...adakah kita mengucap syukur atau mengeluh?

Sesungguhnya hujan itu nikmat Allah yang sgtttttt bersar dan banyak manfaatnya buat kita..

SEMINAR & FORUM MEMPERTAHANKAN HADITH NABI S.A.W

Salam...
Muslimin dan muslimat dijemput hadir ke SEMINAR & FORUM MEMPERTAHANKAN HADITH NABI S.A.W.
ia merupakan Perhimpunan Muhibbin Terbesar di Malaysia.
diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 4 mei.
anjuran Majlis Ta'lim & Maahad Tahfiz Darul Masri dan Urban Vibe Event.

Masuk adalah PERCUMA. 

Para murobbi adalah guru. 
Mari kita menambah ilmu.
Agar kita tidak hilang arah tuju.
Allah sayang pada yang pergi majlis ilmu. 



Jumaah

Jumaat adalah Jamaah..
di mana tempat/hari umat Islam berkumpul..

Hari yang sentiasa dinanti.
Surah Al-Kahfi dibaca dan didengari.
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dilazimi.
Salam penghulu segala hari.

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah s.w.t akan menyinari dia dengan cahaya di antara dua Jumaat" ( Hadith direkodkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

"Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat pertama dari surah Al - Kahfi, dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal."
(Hadith direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan At-Tirmizi).

Hadith dan entry ini aku dedicate untuk peringatan buat diri ini dan pembaca semua..kerana sesungguhnya manusia itu pelupa..sering alpa dan leka dengan arus permodenan dunia.

Thursday, 24 April 2014

[r.e.f.l.e.k.s.i]

Aku terfikir...

Dulu...aku menutup aurat tidak seperti menutup aurat...
Apa perasaanku? Tidak ada rasa apa-apa...
Kerana masa itu..
Aku tidak membayangkan betapa siksanya jika aku di neraka...
Setiap tingkah lakuku melangkah mendekati neraka...

Allahurabbi....

Kini...aku cuba menjauh dari pintu neraka kerana aku tahu..Malaikat Maut bakal menjemputku pada bila2 waktu..
Adakah aku sudah bersedia?
Belum. Kerana amalku masih belum cukup...

Wanita paling ramai di neraka... Ya Rabb..aku tidak mahu aku, keluargaku, saudaraku dan sahabatku berada di antara mereka...
Hawa....menutup aurat secara sempurna bukanlah sesuatu yang susah...

Adakah kita bersedia panas dibakar di neraka berbanding panas bermandi peluh di dunia?

Wanita muslim...telah dijelaskan di dalam Al-Quran bahawa Allah menyuruh kita menutup aurat dengan sempurna....

Bagaimanakah kita menutup aurat? Bolehkah kita berfesyen walaupun menutup aurat? Fesyen yang macam mana dibolehkan? Bahagian mana yang kita perlu tutup?

Jika kita tidak dapat jawapan bagi soalan2 ini...rujuklah kitab Al-Quran... rujuklah pada ustaz dan ustazah serta para ulama'..

Pelbagai musibah telah diberi...pelbagai ujian kita hadapi...masih belum wujudkah kesedaran dalam diri?

kembang setaman


Bunga berkembang, halaman bertambah seri. 

Iman dan amal berkembang, indah peribadi. 

Selamat malam, Assalamualaikum wbt.

reminder

Ingat mati bukan hanya di saat sulit.
Ingat mati itu bukan rumit.

Sampai saat ajal tiba menjemput.
Masa itu baru terasa semput.

Mati tidak mengenal masa.
Kerna Malaikat Maut hanya menunggu perintah dan masa.
daripada Allah Yang Maha Esa.


https://www.facebook.com/photo.php?v=10152360906039717&l=3131261369193609345

Tuesday, 22 April 2014

tajwid - makhraj

[makhraj] 
استغفر الله العظيم.... 
maksudnya: aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung..

makhraj huruf ظ (dzo) perlu disebut dengan betul..ia tidak bersifat sofir..makhrajnya terletak dihujung lidah diantara gigi atas dan bawah sama sifat dengan ث ( tha) dan dzal.. jangan tertukar dengan huruf ز (zai).. kerana.......ia boleh menukar maksud.... العظيم bermaksud "Maha Agung"... jika huruf ظ (dzo) ditukar menjadi ز ( zai) ia akan bermaksud "azam".

#learningprocess

[perjalanan]

Perjalanan terjauh dan terberat .....

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid. 
sebab Ramai orang kaya tak mampu mengerjakannya. 
yang sehari lima kali, 
bahkan banyak pula yang sekali seminggu pun (solat Jumat) terlupa. 
tidak jarang pula seumur hidup tak pernah pegi ke sana. 

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid . 
kerana orang pintar dan pandai pun sering tak mampu menemukannya.
walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti Europe dan Amerika, dapat melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang tinggi.
namun ke masjid tetap saja perjalanan yang tak mampu mereka tempuh walau telah bergelar PHD.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
kerana para pemuda kuat dan berbadan sihat yang mampu menaklukkan puncak gunung Kinabalu dan Merapi pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.
alasan mereka pun bermacam, ada yang berkata sekejap lagi, ada yang berucap tidak selesa dipanggil ustadz.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.
maka berbahagialah dirimu hai anakku....
bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki di masjid. kerana bagi kami, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yang paling kami banggakan selain perjalananmu ke masjid.

Biar kuberi tahu rahsia kepadamu,
sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan untuk menjumpai Rabbmu.
dan itulah perjalanan yang diajarkan oleh Nabi, serta perjalanan yang akan membezakanmu dengan orang-orang yang lupa akan Rabbnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.
maka lakukanlah walau kita harus merangkak dalam gelap subuh demi mengenal Rabbmu....

-pesanan dari hamba Allah-

[da'ie]

daie....

tahukah anda apa itu daie? daie itu adalah pendakwah/penyampai kebenaran.. seorang daie adalah seorang yang cuba untuk menyebarkan apa yang dia dapat dari tarbiyyah yang diperoleh kepada orang lain. Seorang daie mengislahkan diri mereka dan mengajak orang lain turut sama mengislahkan diri serta menambah baik diri mereka di jalan Allah...

siapakah daie?

setiap orang yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah daie. seorang daie perlulah beragama Islam, baligh, dan berakal.

mudah untuk menjadi seorang daie...dan itu adalah kerjaya kita yang sebenar...selain kerjaya yang kita perolehi sekarang..

adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang daie yang sememangnya tanggungjawab kita??

tahukah kita bahawa kita akan disoal di akhirat nanti apa yang kita telah kerjakan semasa di dunia??

pernahkah kita dengar sabda Rasulullah s.a.w "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" ?? bantulah diri kita dan sahabat-sahabat kita...kenali Islam yang sebenar...belajar dan tarbiyyah diri ini..ikutlah ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w...

jadi....daie tu adalah kita...

semoga Allah beri petunjuk dan hidayah buat kita untuk menjadi seorang daie yang benar di jalan kebenaran...iaitu landasan Allah s.w.t..

Asif jiddan...Maaf atas segala kekurangan...

Assalamualaikum wbt

#daie #muhasabahdiri #learningprocess

[cebisan malam]

tatkala cinta pergi,
hati menjadi sepi,
bilaku sedari,
ternyata ia bukan cinta Ilahi. 

bintang bersinar,
bulan mengambang,
muslimah solehah didekat sukar,
jagalah dirimu dari mata yang rambang.

dia mungkin kurang solehah ciri-cirinya,
janganlah dipandang hina,
hidayah Allah datang dan pergi bila-bila,
pegang erat dan peliharalah ia.

-nukilan. Haney Hamid-

~cebisan malam~

Monday, 21 April 2014

[kehidupan]

beban dan tekanan kehidupan dunia semakin mencengkam

fikiran dan hatiku belayar menuju kehidupan akhirat

takut menghadapi alam barzakh kini menyelam

kerana amalan dunia yang menjadi pengikat.

-Haneza Hamid-

[morning]


pagi!
awan tersenyum,
sungguh berseri, ciptaan Ilahi!

سبحان الله..الحمد لله..الله أكبر!



~haney~

[w.e.d.d.i.n.g]

Perkahwinan!  Kat mana2 sekarang banyak jemputan perkahwinan... apatah lagi musim cuti sekolah...dan mungkin faktor umur..hihi..
Perkahwinan merupakan satu ikatan suci antara pasangan lelaki dan perempuan.
Sesiapa yang mendapatkan pasangan anda dengan cara yang halal, inshaaAllah akan diredhai Allah...

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Allah ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang..." (Surah Ar-Rum : 21)

Membina madrasah keluarga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah...sesungguhnya...setiap pasangan perlu fahami tanggungjawab seorang suami dan isteri..
Terapkan rukun usrah dalam madrasah keluarga..pertama Taaruf (saling mengenali), kedua Tafahum (saling memahami),  dan yang ketiga Takaful (saling melengkapi).. ditambah pula dengan asas pembentukan rumahtangga iaitu Iman, Syariat,  dan Akhlak..  InshaaAllah indah pelayaran bahtera cinta keluarga menuju jalan yang diredhai Allah...

Alhamdulillah...tahniah buat yang mendirikan rumahtangga..semoga sentiasa diredhai Allah... tahun ni sangat banyak jemputan walimah sahabat2 dan saudara mara..yang mana sempat, inshaAllah saya hadir..mana yang  saya tak dapat hadir, maaf ye..asif jiddan... :)

[redha]

suka tak semestinya memiliki...sayang tak semestinya memiliki...cinta tak semestinya memiliki... jika Allah telah tetapkan sesuatu buat kita...maka terimalah..belajar menyukai, menyayangi dan mencintai kerana Allah...kerana pemberian Allah itu sebaik2 pemberian..redha dengan ketentuan Allah.

[kesedaran]

Surah Nuh..ayat 13,
ما لكم ﻻ ترجون لله وقارا
"Mengapa kamu tidak menghargai kebesaran dan kekuasaan Allah?"

Ayat ini membuatkan aku terfikir....adakah aku menghargai kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t selama kehidupanku? Sedangkan Allah sentiasa dan tidak putus  memberikan aku nikmat di dunia ini walaupun dunia adalah sementara... Allahurabbi....muhasabah diri....

Assalamualaikum wbt.



~haney~

[soalan cepumas]

semakin murah rezeki sahabat2...makin ramai yang berkahwin...kerja pun bagus2 dan tetap...Alhamdulillah...

bila datang je kenduri walimah sahabat2, atau ke mana2 sahaja, soalan2 yang mmg dah jadi hadam apabila diajukan... "when is your turn?" "bila kau pulak nak kawen?" "kau buat apa skang? keje mana?" "bakal/calon orang mana?" "cepat la kawen..nnt jgn lupa jemput tau?" "lepas ni wedding siapa pulak..kau ey?" "kau kawen bulan brape?" "bila nak abis blaja dik?" "tak penat ke blaja?"

haa..tu dia soalan2 favourite orang sekiling skang ni...always ask about marriage and career...

jawapan saya..... rezeki, jodoh dan maut ditangan Allah... yang mana satu Allah bagi dulu pun saya tak tau... hanya Allah yang Maha Mengetahui...penat atau tidak kehidupan sekarang ni kita tak boleh nak kata apa..cuma yang penting sekarang lalui segalanya kerana Allah... inshaaAllah..yang penat akan terubat.. :)

 #istiqomah #muhasabahdiri #rezeki #jodoh #maut

[c.i.n.t.a]

perkataan ni rasanya 'favorite word' semua orang. cinta itu universal. manusia hari ini sering memperkatakan soal cinta. tapi, cinta yang menjadi buah mulut adalah cinta si lelaki dan si perempuan. adam dan hawa kononnya.

tanpa kita sedari, kita telah mengetepikan cinta yang sepatutnya kita cinta, iaitu Pemilik Cinta. carilah cinta Ilahi kerana cinta dari Pemilik Cinta begitu suci dan tidak dicemari.

*sekarang ni penulis tengah bercinta dengan assignments yang berlambak..harap tak lupa pada Sang Pencinta dan kekasihNYA*

 #matagolf #garfield #love #assignments

~haney~

[bakat]

Bakat adalah rezeki. Kurniaan Ilahi. Sila hargai.  Jangan dikhianati. Ingat janjimu sebagai da'ie.


Photo: Bakat adalah rezeki. Kurniaan Ilahi. Sila hargai.  Jangan dikhianati. Ingat janjimu sebagai da'ie.

~haney~

[PERSEPSI]

Kerja bagus or pangkat tinggi = orang mengata..ada yang positive and negative.

Belajar tinggi (higher education) = orang mengata jugak..positive and negative.

Tak belajar dan tak kerja = orang mengata...positive and negative..

Tak kahwin = orang mengata positive and negative.

Kahwin = orang bercerita..positive and negative..

Ade atau tiada bf/gf = orang mengata positive and negative..

Tutup/tidak tutup aurat = orang mengata positive dan negative.

Wahai sahabat...sesungguhnya jagalah lidah dan mulut kita supaya tidak mengeluarkan perkataan yang tidak elok tentang seseorang...kerana setiap orang mempunyai pendekatan yang berbeza.  Baik atau buruk pada pandangan kita...fikirlah sebelum berkata2...setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan..siapa kita untuk menilai, hanya Allah s.w.t sahaja yang layak menilai seseorang itu..kita sebaiknya menjadi 'role model' yang baik..tiada insan yang sempurna selain Rasulullah s.a.w..

Kurangkan mengata,
agar diri tidak binasa,
di mana?
di akhirat sana.

~haneyhamid~
#reminder

Kerinduan

Setiap jiwa merindui kebenaran dan kebesaran Ilahi,
kerana disebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah,
yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata,
hanya jiwa yang beriman dalam meneguk maghrifatullah yang dapat merasakan betapa sucinya jiwa yang mahmudah.