Monday, 21 April 2014

[w.e.d.d.i.n.g]

Perkahwinan!  Kat mana2 sekarang banyak jemputan perkahwinan... apatah lagi musim cuti sekolah...dan mungkin faktor umur..hihi..
Perkahwinan merupakan satu ikatan suci antara pasangan lelaki dan perempuan.
Sesiapa yang mendapatkan pasangan anda dengan cara yang halal, inshaaAllah akan diredhai Allah...

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) Allah ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang..." (Surah Ar-Rum : 21)

Membina madrasah keluarga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah...sesungguhnya...setiap pasangan perlu fahami tanggungjawab seorang suami dan isteri..
Terapkan rukun usrah dalam madrasah keluarga..pertama Taaruf (saling mengenali), kedua Tafahum (saling memahami),  dan yang ketiga Takaful (saling melengkapi).. ditambah pula dengan asas pembentukan rumahtangga iaitu Iman, Syariat,  dan Akhlak..  InshaaAllah indah pelayaran bahtera cinta keluarga menuju jalan yang diredhai Allah...

Alhamdulillah...tahniah buat yang mendirikan rumahtangga..semoga sentiasa diredhai Allah... tahun ni sangat banyak jemputan walimah sahabat2 dan saudara mara..yang mana sempat, inshaAllah saya hadir..mana yang  saya tak dapat hadir, maaf ye..asif jiddan... :)

No comments:

Post a Comment