Tuesday 22 April 2014

[da'ie]

daie....

tahukah anda apa itu daie? daie itu adalah pendakwah/penyampai kebenaran.. seorang daie adalah seorang yang cuba untuk menyebarkan apa yang dia dapat dari tarbiyyah yang diperoleh kepada orang lain. Seorang daie mengislahkan diri mereka dan mengajak orang lain turut sama mengislahkan diri serta menambah baik diri mereka di jalan Allah...

siapakah daie?

setiap orang yang telah mengucap dua kalimah syahadah adalah daie. seorang daie perlulah beragama Islam, baligh, dan berakal.

mudah untuk menjadi seorang daie...dan itu adalah kerjaya kita yang sebenar...selain kerjaya yang kita perolehi sekarang..

adakah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang daie yang sememangnya tanggungjawab kita??

tahukah kita bahawa kita akan disoal di akhirat nanti apa yang kita telah kerjakan semasa di dunia??

pernahkah kita dengar sabda Rasulullah s.a.w "Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat" ?? bantulah diri kita dan sahabat-sahabat kita...kenali Islam yang sebenar...belajar dan tarbiyyah diri ini..ikutlah ajaran dan sunnah Rasulullah s.a.w...

jadi....daie tu adalah kita...

semoga Allah beri petunjuk dan hidayah buat kita untuk menjadi seorang daie yang benar di jalan kebenaran...iaitu landasan Allah s.w.t..

Asif jiddan...Maaf atas segala kekurangan...

Assalamualaikum wbt

#daie #muhasabahdiri #learningprocess

No comments:

Post a Comment