Friday 25 April 2014

Jumaah

Jumaat adalah Jamaah..
di mana tempat/hari umat Islam berkumpul..

Hari yang sentiasa dinanti.
Surah Al-Kahfi dibaca dan didengari.
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dilazimi.
Salam penghulu segala hari.

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah s.w.t akan menyinari dia dengan cahaya di antara dua Jumaat" ( Hadith direkodkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

"Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat pertama dari surah Al - Kahfi, dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal."
(Hadith direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan At-Tirmizi).

Hadith dan entry ini aku dedicate untuk peringatan buat diri ini dan pembaca semua..kerana sesungguhnya manusia itu pelupa..sering alpa dan leka dengan arus permodenan dunia.

No comments:

Post a Comment