Thursday 8 November 2012

Penghijrahan...

Salam...

setelah lama blog sy ni berhabuk dan berdebu...skang ni la baru ada sedikit masa utk update and kemaskan balik...  :)

ok...now sy nak cerita sikit tentang penghijrahan...

HIJRAH...ia berasal daripada kata kerja HAJARA yang bermaksud meninggalkan, memutuskan, atau keluar  dari sebuah negeri ke negeri yang lain.  
HIJRAH juga bermaksud perpindahan...
pengertian HIJRAH juga merangkumi hijrah jasmani (fizikal) dan hijrah rohani (hati)...

                                      

Hijrah jasmani ataupun hijrah fizikal adalah hijrah yang dimaksudkan berhijrah atau berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, contohnya dari negara singapura berhijrah atau pindah ke negara malaysia.  
Hijrah rohani pula adalah hijrah hati seseorang hamba Allah s.w.t daripada cinta kepada selain Allah s.w.t kepada cinta kepada Allah s.w.t dan RasulNYA...

Hijrah rohani adalah sgt penting bagi seseorg untuk mendalami ilmu agama dan ingin mengenal dan mendekatkan diri dgn Allah s.w.t.. 
Alhamdulillah...ramai yang saya lihat...telah berubah dan berhijrah ke arah lebih baik..terutamanya di kalangan artis2...sy harap mereka benar2 ingin berhijrah kerana Allah s.w.t...bukan kerana populariti atau trend.
Penghijrahan rohani bukanlah hanya terjadi pada seseorg yang tidak bertudung kepada bertudung...
Seorang yang bertudung juga masih boleh berhijrah...mungkin sebelum ini kita memakai tudung, tetapi tidak menutup aurat sepenuhnya...kerana masih ramai yang jahil atau kurang ilmu pengetahuan tentang cara2 menutup aurat yang sebenar.  Termasuklah diri saya sendiri...
Bagi saya, tidak mengapa kita mengaku kesalahan diri sendiri...kerana, kita harus belajar dari kesilapan...perbaiki segala kekurangan kita...

                                 

Menurut Ibn Al-Qayyim rahimahullah, hijrah kepada Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakkal, takut dan mengharap hanya kepadaNYA.  dan hijrah kepada Rasul ialah mengikuti syariat yang dibawanya dalam semua aspek zahir dan batin.
Ini bermaksud, berhijrah bukan sahaja dengan menutup aurat...kerana, menutup aurat sahaja tidak cukup, tetapi iman di dalam diri ini juga perlu di'upgrade'.  Fahamilah erti islam...jadilah islam yang sebenar...tunaikan kewajipan sebagai umat Islam...

''Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 218) 

Bertaubatlah...berhijrahlah...selagi pintu taubat masih terbuka....iaitu selagi Malaikat Izrail (Malaikat Maut) belum datang mencabut nyawamu wahai saudara islamku....sama2 kita saling ingat mengingati...
HIJRAH itu SATU PERJUANGAN...berjuanglah demi Maha Pencipta dan Cinta Yang Agung...

                              

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment