Monday 12 November 2012

Trend vs Kewajipan

Assalamualaikum wbt... Salam 1 Dunia...

Trend...atau...Kewajipan...
yang saya ingin tekankan di sini adalah tentang pemakaian muslimah zaman sekarang...

Aurat seorang wanita adalah seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki, kecuali muka dan pergelangan tangannya. Sebagai wanita islam, kita diwajibkan menutup aurat daripada terdedah kepada orang yang bukan mahramnya.

Syukur Alhamdulillah ramai yang saya lihat di Malaysia ini wanita2 yang memakai hijab ataupun tudung....tetapi...berapa ramaikah yang betul2 menutup aurat mereka berlandaskan hukum syarak?

Memakai hijab ataupun tudung kini semakin ramai...adakah kita memakai hijab/tudung kerana trend atau kewajipan??? Kita memakai untuk tabarruj atau berhias kerana Allah s.w.t?  Adakah kita menutup aurat dengan betul?? ini persoalannya...

''Dan janganlah mereka(wanita) menampakkan perhiasan mereka'' (Surah Al-Nur: potongan Ayat 31)

Berhiaslah anda...tidak ada siapa yang melarang anda untuk berhias...tetapi, berhiaslah untuk yang halal....suamimu..dan mahrammu...

Menutup aurat tidak bermaksud anda tidak boleh kelihatan cantik atau tidak boleh berfesyen.. boleh...tetapi, sebelum kita berfesyen, kita wajib berfikir...adakah dgn memakai dan berhias seperti ini, masih menutup aurat dgn betul? adakah aku tidak melanggar hukum agama?

Kadang-kadang saya pelik apabila melihat orang yang memakai tudung, tetapi menampakkan lengan dan anggota yang sepatutnya ditutup...bagi saya...mereka seolah2 mempersendakan agama Islam..







Berdoalah wahai kaum Hawa...berdoalah agar dijauhkan dengan sikap2 seperti gambar2 di atas...
jika ingin bertudung dan cantik, bertudunglah dengan betul...jagalah akhlakmu wahai kaum Hawa...

contoh jika anda ingin berfesyen tetapi masih menutup aurat seperti dibawah...







ataupun lebih baik seperti gambar di bawah ini....







renung2kan...selamat beramal! :)

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment